FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP P&P GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. Bunyi merupakan pemampatan mekanis atau gelombang longitudinal yang merambat melalui medium. Dalam konteks bahasa, bunyi berfungsi untuk pertuturan dan bunyi bukan bahasa adalah seperti batuk, berdehem, bunyi siulan, sendawa, bunyi alat muzik dan sebagainya. Menurut Asmah Hj. Omar “learning language is learning how to mean” bermaksud, belajar bahasa adalah belajar untuk memahami. Bahasa ialah alat atau medium untuk menyampaikan makna (Riduan,2009). Bahasa Melayu juga merupakan satu medium untuk menyampaikan sesuatu maksud dalam komunikasi kehidupan seharian. Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan penutur bahasa tersebut tergolong daripada pelbagai kaum dan etnik yang berada di negara ini. Semakin banyak penutur bahasa ini, semakin luas pula daerah penyebaran Bahasa Melayu dan semakin banyak perbez...