FONETIK DAN
FONOLOGI BAHASA MELAYU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP P&P GURU BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH.
Bunyi merupakan
pemampatan mekanis atau gelombang longitudinal yang merambat melalui
medium. Dalam konteks bahasa, bunyi
berfungsi untuk pertuturan dan bunyi bukan bahasa adalah seperti batuk,
berdehem, bunyi siulan, sendawa, bunyi alat muzik dan sebagainya. Menurut Asmah Hj. Omar “learning language is
learning how to mean” bermaksud, belajar bahasa adalah belajar untuk
memahami. Bahasa ialah alat atau medium
untuk menyampaikan makna (Riduan,2009).
Bahasa Melayu juga merupakan satu medium untuk menyampaikan sesuatu
maksud dalam komunikasi kehidupan seharian.
Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan penutur bahasa
tersebut tergolong daripada pelbagai kaum dan etnik yang berada di negara
ini. Semakin banyak penutur bahasa ini,
semakin luas pula daerah penyebaran Bahasa Melayu dan semakin banyak perbezaan
yang wujud dalam penggunaannya. Oleh hal
demikian, Bahasa Melayu mempunyai banyak sistem fonologi (sistem bunyi) yang
diucapkan atau dituturkan oleh penuturnya.
Dalam Bahasa Melayu, terdapat bidang ilmu yang mengkaji penghasilan
bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya
manakala fonologi merupakan pengetahuan tentang sistem bunyi dalam bahasa (Kamus
Dewan, 2007).
1
|
Bibir atas
|
5
|
Gusi
|
9
|
Hujung lidah
|
13
|
Akar lidah
|
17
|
Rongga hidung
|
2
|
Bibir bawah
|
6
|
Lelangit keras
|
10
|
Hadapan lidah
|
14
|
Epiglotis
|
18
|
Rongga mulut
|
3
|
Gigi atas
|
7
|
Lelangit lembut
|
11
|
Tengah
lidah
|
15
|
Pita suara
|
19
|
Rahang
|
4
|
Gigi Bawah
|
8
|
Anak tekak
|
12
|
Belakang lidah
|
16
|
Rongga tekak
|
20
|
Tenggorok
|
Rajah 1.0:
Alat-alat artikulasi
Dalam
fonetik dan fonologi, terdapat bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berfungsi
sebagai bunyi dalam pertuturan.
Bunyi-bunyi dapat dihasilkan apabila udara daripada paru-paru
tersekat atau terhalang pada alat
artikulasi seperti bibir atas, bibir bawah, gigi atas, gigi bawah, gusi, lelangit
keras, lelangit lembut, anak tekak, hujung lidah, hadapan lidah, tengah lidah,
belakang lidah, akar lidah, epiglotis, pita suara, rongga tekak, rongga mulut,
rongga hidung, rahang dan tenggorok.
Dengan bantuan alat artikulasi tersebut, bunyi yang dihasilkan membawa
bunyi yang berbeza-beza dan akan menghasilkan bahasa yang mempunyai makna
tersendiri. Secara amnya, di dalam
Bahasa Melayu terdapat golongan bunyi iaitu bunyi vokal, konsonan, konsonan
pinjaman, nasal dan diftong. Alat
artikulasi akan berperanan untuk menghasilkan bunyi vokal, konsonan, konsonan
pinjaman, nasal dan diftong atau dikenali sebagai fonem. Fonem bersifat abstrak namun apabila berdiri
dengan rentetan fonem yang lain, akan terhasil makna. Fonem-fonem yang disusun dalam kata atau ayat
akan melalui proses yang dinamakan suprasegmental.
Rajah 2.0: Fonem
vokal
Bunyi-bunyi
vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara ketika menghasilkan udara dari
paru-paru yang keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan
dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Terdapat tujuh penghasilan bunyi-bunyi vokal iaitu vokal hadapan sempit
atau tinggi [ i ], vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ], vokal
hadapan separuh luas atau separuh rendah [ ε ], vokal hadapan luas atau rendah
[ a ], vokal belakang sempit atau tinggi [ u ], vokal belakang separuh sempit [
o ], dan vokal tengah [ ə ]. Penghasilan
bunyi-bunyi vokal ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir
samada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama
ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan
setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,
sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja
(menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat
sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga
hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis
dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.
Rajah 3.0 :
Keadaan bibir ketika menghasilkan vokal
Berdasarkan
rajah 3.0, keadaan bibir adalah berbeza mengikut penghasilan vokal. Untuk menghasilkan vokal depan sempit [ i ],
bibir dalam keadaan terhampar. Depan
lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah gusi.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Contohnya, ikan,biru
dan beli. Seterusnya adalah penghasilan vokal
depan separuh sempit [ e ]. Alat
artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah
lidah. Keadaan bibir adalah bundar. Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini,
tengah lidah akan dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Pita suara dirapatkan supaya
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Hasilnya, bunyi [ e ] dihasilkan. Contoh perkataan ekor,
heret dan sate. Vokal tengah
[ ǝ ] pula menggunakan alat artikulasi tengah lidah. Keadaan bibir berada dalam keadaan
bundar. Untuk menghasilkannya bunyi
vokal tengah, keadaan bibir pada mulanya dalam keadaan hampar, tengah lidah
dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga
mulut menggetarkan pita suara. Bunyi
yang dihasilkan adalah [ ǝ ] seperti perkataan ǝmaʔ,
pǝnat dan bǝrat. Bagi vokal belakang sempit pula [ u ],
penghasilan bunyi vokal ini adalah dengan belakang lidah dinaikkan tinggi
(setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui hidung.
Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
Contoh perkataan adalah ubi, buka dan labu. Fonem [o] iaitu vokal belakang separuh sempit
dihasilkan dengan belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke lelangit
lembut. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan menutupi rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Pita suara dirapatkan supaya
udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Contoh perkataan adalah obor, boleh dan foto.
Terdapat dua lagi
bunyi vokal, iaitu [ɛ] dan [ɔ]. Vokal ini merupakan pinjaman daripada bahasa
inggeris. Vokal ini tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam
dialek- dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan [makɛ],
[malɛ], [ɔrɛ], [kitɛ]. Vokal depan
separuh luas [ɛ] dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan separuh rendah kearah
gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya
udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Untuk
menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas [ɔ], bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelengit
lembut. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan. Menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [Ͻ]. Dalam kehidupan seharian, vokal Bahasa Melayu
dituturkan secara berlainan dalam dialek-dialek tempatan. Dialek merupakan kelainan bahasa yang
dituturkan oleh sekumpulan penutur yang menutur bahasa yang sama. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis dialek
melayu yang mempunyai perbezaan kosa kata dengan bahasa standard. Oleh itu, penggunaan vokal di Malaysia adalah
berbeza dituturkan oleh penutur Bahasa Melayu mengikut negeri dalam
menyampaikan maksud yang sama.
Jadual 1.0:
Pembahagian konsonan mengikut jenis
Bunyi-bunyi
bahasa konsonan pula merupakan bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh
alat-alat artikulasi. Aliran udara yang
disekat atau dihalang akan keluar melalui rongga mulut atau hidung. Dalam Bahasa Melayu terdapat 18 bunyi
konsonan asli. Konsonan dalam Bahasa
Melayu dibahagikan kepada tujuh jenis seperti letupan [p, b, t, d, k, g, ʔ ],
letusan [ c, j ], geseran [f, h, v, x, y, z ], getaran [ r ], sisian [ l ],
sengauan [ m, n, ny, ng ] dan separuh vokal [ w, y ] (Noor, 2010). Saya akan menerangkan jenis bunyi
konsonan. Penghasilan bunyi konsonan
letupan terbahagi kepada empat iaitu letupan dua bibir, letupan gusi, letupan
lelangit dan letupan glotis. Letupan dua
bibir dihasilkan dengan bibir atas dan bawah dirapatkan serta lelangit lembut
merapat ke dinding belakang rongga tekak.
Udara dari paru-paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran udara
dan dilepaskan keluar tanpa menggetarkan pita suara akan menghasilakan fonem
/p/ manakala apabila dilepaskan dengan menggetar pita suara akan menghasilkan
fonem /b/. Bagi penghasilan konsonan
letupan gusi, hujung lidah akan dirapatkan ke gusi atas, lelangit lembut
dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.
Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru dan dibebaskan serta
terhasil letupan gusi. Jika letupan gusi
yang dihasilkan tidak menggetarkan pita suara akan menghasilkan fonem /t/ dan
letupan gusi yang menggetarkan pita suara akan menghasilkan fonem /d/. Konsonan letupan lelangit lembut pula
dihasilkan apabila bahagian lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit
lembut. Udara yang tertahan dilepaskan
dengan serta merta. Pelepasan udara yang
tidak menyebabkan pita suara bergetar akan menghasilkan letupan lelangit lembut
tak bersuara /k/ dan pelepasan udara yang tidak menyebabkan pita suara bergetar
akan menghasilkan fonem /g/. Seterusnya,
konsonan letupan pita suara atau dikenali sebagai glotis. Glotis dihasilkan apabila pita suara
dirapatkan dan keadaan ini menyebabkan aliran udara terkumpul dan
tertekan. Secara serta merta pita suara
ini terbuka serta membebaskan udara dan terhasil bunyi letupan.
Konsonan jenis
letusan pula adalah bunyi yang dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar
bunyi geluncuran. Lelangit lembut
hendaklah dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi
menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara.Konsonan letusan dalam bahasa
melayu ialah letusan lelangit keras tak bersuara /c/ dan letusan lelangit keras
bersuara /j/. Seterusnya adalah konsonan
jenis geseran. Konsonan jenis geseran
terbahagi kepada empat iaitu geseran gigi bibir, geseran gusi, geseran lelangit
lembut dan geseran pita suara. Geseran gigi bibir /f/ dan /v/. Bunyi geseran
gigi bibir terhasil apabila bawah dan
bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar. Laluan yang sempit menyebabkan udara yang
dikeluarkan daripada paru-paru menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak
bersuara adalah /f/ dan yang bersuara /v /.
Geseran gusi /s/ dan /z/. Bunyi
geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi
lelangit keras.Keadaan ini tidak menyekat aliran udara.Udara yang keluar dari
paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah /s/
manakala yang bersuara adalah /z/.
Geseran lelangit lembut /x/ dan /y/ pula dihasilkan dengan mengangkat
belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara yang keluar dari paru-paru
terdesak keluar melalaui rongga mulut. Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara adalah /x/ manakala
konsonan geseran lelangit lembut bersuara adalah /y/. .Geseran pita suara /h/ terhasil apabila pita
suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara
bergeser. Seperti keadaan bunyi letupan
glotis, bunyi ini juga berlaku di pita suara maka itu tidak menunjukkan sama
ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.
Konsonan getaran
ialah konsonan yang mempunyai satu bunyi getaran iaitu konsonan /r/. Bunyi ini terhasil apabila lidah digetarkan
dalam rongga mulut setelah itu lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru
menggetarkan hujung lidah dan pita suara,maka terhasillah bunyi getaran /r/. Konsonan sisian dalam bahasa melayu ialah /l/. Bunyi ini terhasil apabila udara dilepaskan
melalui kiri dan kanan lidah, manakala hujung
lidah diangkat ke arah tengah gusi.
Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang
dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan
pita suara,maka terhasillah bunyi /l/.
Konsonan sengauan atau dikenali sebagai nasal ialah konsonan [m, n, ŋ, ɲ
]. Konsonan nasal dihasilkan dengan
merendahkan velum dalam mulut untuk membolehkan udara keluar bebas melalui
hidung. Rongga mulut masih berperanan sebagai rongga kenyaringan bunyinya,
tetapi udara tidak keluar melalui mulut kerana disekat oleh bibir atau lidah. Akhir
sekali, konsonan separuh vokal iaitu [w, y].
Konsonan ini dinamakan separuh vokal kerana bunyinya seolah-olah bunyi
vokal tetapi digeluncurkan ke vokal yang lain.
Cara penghasilan bunyi /w/ ini ialah bibir dalam keadaan bundar.
Belakang lidah dinaikkan setinggi-tingginya tetapi tidak mencecah lelangit
lembut. Bunyi yang terhasil ialah bunyi /w/. Bunyi /w/ ini digeluncurkan dengan
pantas ke arah penghasilan bunyi vokal tengah
dengan menurunkan belakang lidah agar berada dalam kedudukan biasa.
Bibir berubah daripada keadaan bundar kepada keadaan biasa. Ketika penghasilan
bunyi ini, udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sebarang
halangan atau sekatan dan pita suara bergetar. Bunyi konsonan separuh vokal
yang kedua ialah bunyi /y/. Bunyi /y/ dinamakan Konsonan separuh vokal lelangit
keras bersuara. Jika dalam penulisan fonetik, bunyi ini ditulis sebagai [ j ].
Untuk menghasilkan bunyi ini, hadapan lidah dinaikkan setinggi-tingginya tetapi
tidak mencecah lelangit keras. Lidah kemudiannya diturunkan ke keadaan biasa
dengan pantas seolah-olah ke arah membunyikan vokal tengah. Bibir bertukar daripada keadaan hampar kepada
keadaan biasa. Ketika proses ini, udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sekatan atau halangan dan pita suara bergetar
Dalam fonetik
dan fonologi Bahasa Melayu terdapat unit bahasa yang dipanggil diftong. Apabila wujud dua huruf vokal a,e, i, o dan u
yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut satu suku kata atau sebutan
bunyi, ianya digelar sebagai diftong. Diftong
dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran.
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan
gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi.
Secara terperincinya, diftong merupakan Gabungan dua bunyi vokal yang
dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas dan terhasil apabila
bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan
dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Lidah pada
mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian
digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Contohnya, Untuk menghasilkan bunyi diftong
ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat
geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara
membunyikan diftong au, dan oi.
Suprasegmental merupakan ciri-ciri
atau sifat bunyi yang menindihkan atau menumpang pada sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan,
kepanjangan, jeda dan intonasi (Raminah Sabran & Rahim Syam, 1985). Tekanan merupakan ciri suprasegmental yang
bukan sahaja dikenakan pada vokal dan konsonan malah pada keseluruhan suku kata
(Abdullah Hassan, 1980). Kebiasaannya,
tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal
selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya, ia berlaku dalam suku kata yang
kedua seperti “kita”, “bapa” dan “peta”.
Kepanjangan pula disebut sebagai pendek bunyi yang merupakan ciri khusus
yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga
boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti Bahasa Arab dan
Bahasa Inggeris. Ia ditanda titik yang
dipanggil mora. Kepanjangannya
bergantung kepada bilangan titik tersebut.
Seterusnya, jeda menurut Abdullah Hassan (1985) adalah unsur senyap
dalam ujaran. Oleh itu, jeda bermaksud
kesenyapan atau hentian yang berlaku
dalam suku kata yang dilafazkan.
Intonasi pula disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa melayu, terdapat pelbagai
intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat.
Contohnya, nada yang tinggi apabila dalam ayat seru.
Secara
kesimpulannya, fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata
dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Banyak faedah mempelajarinya dan fonetik dan fonologi dapat memberi
banyak impak kepada individu dan masyarakat terutamanya bagi golongan yang
digelar sebagai pendidik. Ilmu ini
memberi pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi Bahasa Melayu untuk
diaplikasi secara praktik serta dapat mengetahui dan memahami tentang bunyi
bahasa dan bukan bunyi bahasa. Ilmu ini
juga berguna bagi seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar di kawasan-kawasan
yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Sebagai guru yang sudah terdedah dengan ilmu
ini, guru ini mampu mengetahui dan memahami maklumat yang disampaikan oleh
pelajarnya walaupun pelajar tersebut menyampaikan maklumat menggunakan dialek
negeri. Selain itu, sebagai guru Bahasa
Melayu, ilmu fonetik dan fonologi ini akan memberi gambaran yang lebih jelas
tentang bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dituturkan serta mengenali
alat-alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa. Oleh itu, guru boleh membetulkan
kesilapan dengan tepat serta memimbing murid
supaya lebih mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul. Melalui kaedah tersebut, murid akan dapat
mengatasi masalah pertuturan yang mereka hadapi dan dapat mengubah
kesilapannya. Dalam pembelajaran sekolah
rendah, bunyi-bunyi fonetik ini juga dapat membantu guru untuk menjana idea
murid-murid untuk membina suku kata.
Melalui bunyi, kanak-kanak dapat menggabungkan huruf-huruf untuk
membentuk perkataan dan seterusnya membentuk sebuah ayat. Kaedah tersebut dapat membantu guru dalam mengatasi
masalah kanak-kanak yang lemah dalam ejaan ataupun bacaan. Konklusinya, ilmu fonetik dan fonologi
merupakan ilmu yang penting untuk para pendidik kerana ianya membantu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya di peringkat sekolah
rendah.
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
ReplyDeletee_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only]
Telephone Number☎[+44] 7480 729811[Calls Only]
BBM INVITE:::[D8980E0B]
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.com
dan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com